Petua Kulit Kekal Cantik Dan Berseri

KLIK BANNER INI UNTUK INFO LANJUT...

Petua Kulit Kekal Cantik Dan BerseriPetua Kulit Kekal Cantik Dan Berseri


Semua wanita inginkan kulit yang cantik, berseri, gebu dan menawan. Lebih-lebih lagi bagi wanita yang sedang menghitung hari menunggu saat bahagia iaitu hari perkahwinan. Pada ketika inilah mempelai akan menitik-beratkan soal penjagaan kecantikan agar ianya terserlah secara semulajadi.


Di bawah ini terdapat 5 petua bagi menjaga dan mengekalkan kecantikan kulit. Jom kita amalkan agar kulit kita jadi cantik.


1. Tidak Merokok


Amalan merokok sebenarnya tidak baik untuk kesihatan tubuh badan. Asap yang disedut mengandungi bahan kimia  akan mengurangkan kandungan oksigen dan mengecilkan saluran darah dalam badan. Ketagihan merokok juga boleh menyebabkan seseorang itu nampak lebih tua daripada usianya yang sebenar. Bagi mereka yang bukan perokok, adalah sebaiknya untuk tidak mendekati atau terhidu asap rokok kerana ia bukan sahaja boleh merosakkan kulit malah risiko untuk mendapat penyakit adalah dua kali ganda berbanding dengan mereka yang merokok.


2. Amalkan Minum Air Kosong


Disarankan kita supaya mengambil air minuman (air kosong) sekurang-kurangnya lapan gelas air setiap hari. Amalkan juga untuk makan makanan yang seimbang dan melebihkan buah-buahan dalam setiap hidangan yang diambil. Buah-buahan dan sayur-sayuran kaya dengan antioksidan yang dperlukan kulit dan mengandungi vitamin seperti the hijau, soya, vitamin A, B, C dan E yang sangat baik untuk ketegangan dan meremajakan kulit agar kelihatan muda.


3. Pengelupasan Kulit


Salah satu cara yang terbaik untuk proses peremajaan kulit adalah menerusi pengelupasan kulit. Namun begitu, Pakar Dermatologi menegaskan bahawa pengelupasan kulit melampau boleh menyebabkan kulit menjadi kering, iritasi dan  menjadi kemerahan serta terdedah kepada bahaya ultraungu. Bagi wanita yang kerap menggunakan skrub sebaik-baiknya aktiviti tersebut dihadkan kepada 2 kali seminggu sudah memadai.


4. Pelembab Antioksidan


Sebelum masuk tidur (waktu terbaik) biasakan diri untuk menyapu pelembab yang mengandungi antioksidan dan vitamin agar dapat mengembalikan semula kelembapan kulit. Kajian mendapati bahawa kulit akan berada di tahap yang terbaik ketika pada waktu malam bagi menyerap kandungan aktif yang terdapat pada produk penjagaan kulit.


5.Bersenam


Salah satu cara terbaik untuk mengekalkan tahap kesihatan tubuh badan ialah menerusi aktiviti senaman yang kerap. Pakar-pakar penjagaan kulit bersetuju senaman secara rutin boleh membantu melancarkan peredaran darah, kulit akan kelihatan tegang dan muda. Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit tiga kali seminggu sudah memadai sebagai langkah permulaan penjagaan kulit.


Ayuh Bersenam! Tuan/Puan juga boleh mengambil produk Gluta Collagen Berrys sebagai makanan tambahan untuk meremajakan kulit anda. Collagen ini diambil TANPA Bancuh. TANPA Suntik. TANPA Goncang. Hanya TUANG di mulut dan ia larut.


KAMI ADA PRODUK YANG MAMPU MEMBANTU ANDA.!!
KLIK BANNER DIBAWAH :


Petua Kulit Kekal Cantik Dan Berseri

0 Response to " Petua Kulit Kekal Cantik Dan Berseri "

Post a Comment