26 kegunaan lain UBAT GIGI

KLIK BANNER INI UNTUK INFO LANJUT...

26 kegunaan lain UBAT GIGI26 kegunaan lain UBAT GIGI


Tujuan kita membeli Ubat Gigi hanyalah satu. Untuk menjadi pendamping teman setianya-si berus gigi, untuk kita gosok gigi kita tidak kiralah di pagi hari, selepas makan ataupun sebelum kita tidur. Kegunaan ubat gigi selain untuk menggosok gigi. Ini kerana ubat gigi selain dari memutih, mencerah, menghilangkan kotoran dan mengembalikan dan melindungi enamel. Tapi, tahukah anda bahawa ada 26 CARA LAIN untuk ubat gigi nih berkhidmat?


Mari kita cuba dan bereksperimen dengan ubat gigi kita. (Sila gunakan ubat gigi putih sahaja)


1. Membersihkan kotoran di baju


Menghilangkan hampir semua kesan kotoran dakwat termasuklah kesan gincu. Sapu sedikit ubat gigi di tempat kotoran, sental and bilas.


2. Menghilangkan kesan calar di CD/DVD


Jika semasa menonton paparan CD/DVD tersekat-sekat, keluarkan disc, letakkan sedikit ubat gigi di atasnya dan gosokkan ia. Selepas itu cucikan dan kembalillah menonton!!


3. Membersihkan cincin berlian


Sapukan sedikit ubat gigi ke atas berus gigi terpakai (yang anda mahu buang), basahkan cincin, gosok dengan lembut ubat gigi tadi, bilas dan cincin berlian anda akan kelihatan baru.


4. Membersihkan perak/barangan berasaskan perak


Ubat gigi boleh digunakan untuk membersihkan dan mengilatkan perkakasan perak. Gilapl dan bilas.


5. Meredakan sakit akibat terbakar (minor)


Sejurus tekena api, sapu ubat gigi di kawasan tersebut dan ia membantu untuk ‘menyejukkan’ kulit anda.


6. Menghilangkan kesan crayon di dinding


Basahkan kain buruk dan campur dengan sedikit ubat gigi. Gosokkan di tempat kotoran. Sapu dengan air untuk menghilangkan lebihan crayon.


7. Menghilangkan kotoran di karpet


Sapukan sedikit pada karpet, gosok, bilas dan biarkan kering.


8. Meredakan sakit gigitan serangga


Sapukan sedikit ke atas kesan gigitan (nyamuk, kutu, agas) dan anda akan merasa nyaman dan tidak gatal.


9. Melebatkan rambut bayi


Mungkin berguna untuk melebatkan rambut bayi


10. Bersihkan kuku anda


Kuku dan gigi dihasilkan oleh bahan yang serupa, oleh itu ubat gigi boleh digunakan untuk membersihkan dan mengilatkan kuku anda. Letakkan sedikit pada berus gigi, basahkan kuku, gosok dengan perlahan secara rata, bilas dan jimatlah duit anda dari dibelanjakan di ‘nail shop’…


11. Membersihkan kasut


Gosokkan ubat gigi dengan berus gigi yang dibasahkan pada but, kasut kerja ataupun pada permukaan getah pada kasut.


12. Pelekat poster


Boleh juga digunakan sebagai pelekat poster tanpa merosakkan dinding.


13. Menjadi ‘sealant’ pada dinding


Untuk menjimatkan wang, sapukan ubat gigi pada lubang-lubang di dinding anda dan biarkan kering. Sesuai digunakan semasa pindah keluar dari rumah sewa!!


14. Membersihkan tab mandi


Sifat ubat gig yang ‘memutihkan. Sesuai sebagai pembersih tab mandi, tombol/kepala paip and segala bahan besi pada tab mandi anda.


15. Membersihkan lampu kereta anda


Berguna untuk menghilangkan kotoran akibat terkena serangga dan menghilangkan kabut pada permukaan cermin lampu kereta.


16. Hilangkan kesan calar pada permukaan Kristal di jam tangan


Gosokkan sedikit dengan tisu pada permukaan Kristal tersebut dan anda akan gembira dengan hasilnya.


17. Membersihkan/ mengilatkan kereta model


Berkesan untuk membersih dan mengembalikan kilauan pada kereta model mainan anda.


18. Merawat jerawat


Untuk ini, letakkan sedikit saja pada jerawat sebelum tidur dan cuci pada keesokan paginya. Ulangkan selama seminggu. Jika tidak berkesan…terpaksa la anda beli krim jerawat ya!!!


19. Mencerahkan kabut pada goggle menyelam


Hanya sapu dan bersihkan pada permukaan google anda. Cubalah!


20. Bersihkan kekunci papan piano


Sedikit ubat gigi, kain pengelap dan sedikit tenyehan pada kekunci piano mungkin akan mengembalikan ‘keputihan’ kekunci piano anda.


21. Mengharumkan tangan yang berbau


Basuh tangan dengan sedikit campuran ubat gigi boleh menyahkan bau-bauan bawang dan bauan lain yang kurang enak pada tangan anda.


22. Hilangkan kesan calar pada perkakasan kaca/kristal


Seperti juga pada jam tangan, ubat gigi juga berkesan untuk menghilangkan kesan calar pada perkakasan Kristal atau kaca.


23. Hilangkan kesan tar di kaki


Terkena kesan tar/ taik minyak pada kaki memang mengjengkelkan. Usah risau, sapu dan gosokkan ubat gigi (non-gel) pada tempat tersebut dan tar tersebut akan hilang selepas dibilas.


24. Harumkan botol susu bayi


Berguna pada botol susu bayi yang berbau. Gosokkan ubat gigi dengan penggosok botol dan hasilnya botol yang berbau wangi dan bersih.


25. Membersihkan permukaan besi seterika


Sifat menghakis yang terdapat dalam ubat gigi juga dapat menghilangkan kesan terbakar pada plak seterika anda. Sapukan pada plak seterika yang sejuk, gosokkan dengan kain dan cuci. InsyaAllah berhasil.


26. Hilangkan kesan ‘watermark’ pada perabut


Kesan ‘watermark’ pada perabut dapat juga dihilangkan dengan menggosok ubat gigi non-gel pada permukaan kayu/perabut dengan kain lembut.

0 Response to " 26 kegunaan lain UBAT GIGI "

Post a Comment