Kajian 7 cara mudah tingkatkan kebijaksanaan anda

KLIK BANNER INI UNTUK INFO LANJUT...

Kajian 7 cara mudah tingkatkan kebijaksanaan andaKajian 7 cara mudah tingkatkan kebijaksanaan anda


1. Percaya yang anda boleh menjadi bijak - Hanya dengan menaruh kepercayaan pada diri anda yang anda mampu bijak dapat meningkatkan tahap kebijaksanaan anda. Sumber


2. Rajin menconteng - kajian mendapati mereka yang menconteng sambil mendengar mesej telefon yang memberikan maklumat mampu mengingati 29% lebih baik daripada mereka yang memberikan tumpuan mendengar mesej tanpa buat apa-apa. (Sumber: "What does doodling do?" from Applied Cognitive Psychology, Volume 24 Issue 1, Pages 100 - 106)


3. Minum kopi dan makan donut - Kajian mendapati kombinasi caffeine dan glukos meningkatkan daya tumpuan dan keupayaan mengingati sesuatu. (Sumber: "Glucose and caffeine effects on sustained attention: an exploratory fMRI study." from Hum Psychopharmacol. 2010 Oct 26.)


4. Hidu bauan rosemary


5. Bersenam - Mereka yang bersenam didapati jarang terlebih tidur. Berlebihan tidur membuatkan kepekaan otak menurun. (Sumber: Lipnicki DM, Gunga HC, BelavĂ˝ DL, Felsenberg D. Bed rest and cognition: effects on executive functioning and reaction time. Aviat Space Environ Med 2009; 80:1018-24.)


6. Jangan bercampur dengan wanita jelita (errr, bunyik cm payah je kes nih) - Jauhkan diri anda dari bersama atau berkawan dengan wanita cantik. Kajian mendapati tahap IQ lelaki jatuh dengan teruk apabila bergaul atau berkawan dengan wanita jelita dan menghairahkan. (Sumber: "Interacting with women can impair men’s cognitive functioning" from Journal of Experimental Social Psychology, Volume 45, Issue 4, July 2009, Pages 1041-1044)


7. Berkawan - Jangan jadi kera sumbang. Binalah rangkaian rakan anda dan jalinkan hubungan rapat dengan kawan-kawan. Mereka yang tak ada kawan mula merasa diri mereka tidak disukai dan kesannya amat parah dan mampu membuatkan orang mati awal. Kesan tidak disukai juga menurunkan tahap kecerdasan akal dengan teruk. Jadi keluar dan pergi cari kawan, jangan cari perempuan cantik sudahlah!. (Sumber: " Mere Belonging: The Power of Social Connections" from Journal of Personality and Social Psychology)

0 Response to " Kajian 7 cara mudah tingkatkan kebijaksanaan anda "

Post a Comment