Koleksi Petua Untuk Lelaki

KLIK BANNER INI UNTUK INFO LANJUT...

Koleksi Petua Untuk LelakiKoleksi Petua Untuk Lelaki


Berikut adalah Petua Imam Syafie untuk lelaki & Koleksi Petua Untuk Lelaki:


Petua Imam Syafie untuk lelaki


Empat perkara menguatkan badan:



  1. Makan daging

  2. Memakai haruman

  3. Kerap mandi

  4. Berpakaian dari kapas


Empat perkara melemahkan badan:



  1. Banyak berkelamin (bersetubuh)

  2. Selalu cemas

  3. Banyak minum air ketika makan

  4. Banyak makan bahan yang masam


Empat perkara menajamkan mata:



  1. Duduk mengadap kiblat

  2. Bercelak sebelum tidur

  3. Memandang yang hijau

  4. Berpakaian bersih


Empat perkara merosakan mata:



  1. Memandang najis

  2. Melihat orang dibunuh

  3. Melihat kemaluan

  4. Membelakangi kiblat


Empat perkara menajamkan fikiran:



  1. Tidak banyak berbual kosong

  2. Rajin bersugi (gosok gigi)

  3. Bercakap dengan orang soleh

  4. Bergaul dengan para ulama


Cara Tidur:


1. TIDUR PARA NABI
 - Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
2. TIDUR PARA ULAMA’ & AHLI IBADAH
 - Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
 - Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITAN
 - Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.


Wallahu'aklam (Petua Imam Syafie Untuk Lelaki).


Koleksi Petua Untuk Lelaki


RAMBUT JARANG


Ambil telur udang dan gosokkan pada kulit kepala kalian. Keesokkan harinya baru dibasuh. Lakukan selalu, hasilnya pasti rambut kalian bertambah lebat.


MENGHILANGKAN PARUT


Petua ini menggunakan daun lidah buaya untuk membantu memudarkan parut (tak kira parut jerawat ke atau parut di badan). Caranya adalah dengan mengambil daun lidah buaya, buang duri di kiri dan kanan daun. Kemudian buang sedikit kulit daun tersebut untuk mendapatkan lendirnya. Sapu lendir daun lidah buaya tersebut pada parut di muka atau badan. InsyaAllah parut akan cepat sembuh terutama sekali parut yang masih baru. Ingat, jangan tunggu lama-lama, jangan biar luka/parut dah jadi kehitaman baru nak cari daun lidah buaya.


MENGHILANGKAN PANAU


Ambil lengkuas sebesar ibu kaki, dibuang kulit arinya dan dicuci bersih. Kemudian tumbuk sehingga hancur lalu dibungkus dengan kain perca dan diikat kemas-kemas. Gosokkan pada kulit berpanau.


BIBIR PECAH


Bancuhkan air suam bersama gula merah dan sedikit asam jawa. Kemudian diminum beberapa kali.


MENGHILANGKAN KEMBUNG PERUT


Ambil 3 helai daun mengkudu muda dan sapukan minyak kelapa. Kemudian layurkan ke atas api selama 2 minit. Setelah itu, daun yang masih panas ditekapkan kepada perut.


HILANGKAN BAU KAKI


Sering didapati kaki kita berbau apabila memakai kasut sarung atau tertutup. Untuk mengatasinya, ambil limau nipis, potong2 dan gosokkan pada kaki. Lakukan setiap petang selepas menanggalkan kasut.


MENGURANGKAN TIDUR BERDENGKUR


Tumbuk lumat-lumat 7 biji badam dan campurkan ke dalam segelas susu panas. Minumlah beberapa minit sebelum tidur.


MASALAH GUGUR RAMBUT


Cari daun bunga raya yang hijau beberapa helai dan dibersihkan, lalu dimasukkan ke dalam baldi berisi air dan ramaslah daun itu sehingga keluar air hijau.Kemudian basuh rambut kalian menggunakan air bunga raya tersebut.Biarkan selama beberapa minit (5 minit) dan baru boleh dibilas.


MENGHILANGKAN BAU KETIAK


1.Ramaskan pucuk jambu batu hingga hancur. Kemudian sapukan di ketiak setiap kali sebelum mandi.


2.Rebus lima helai daun sirih dan lima kuntum bunga kenanga. Didihkan hingga airnya tinggal setengah gelas. Tapis dan campurkan gula merah. Amalkan meminumnya dua kali seminggu.


3.Ambil hampas kelapa, lumurkan pada ketiak. Biarkan selama lima minit. Kemudian bilas dengan air bersih. Lakukan dua kali seminggu.


4.Tumbuk daun sirih dengan sedikit tawas hingga lumat. Sapukan pada ketiak. Biarkan beberapa minit sebelum mandi. Bersihkan dengan air sabun dan air biasa. Amalkan dua kali seminggu.


5.Rebus beberapa helai daun limau kasturi dengan sedikit air. Tapiskan airnya dan amalkan meminumnya setiap hari.


6.Tumbuk tujuh helai daun limau nipis hingga hancur. Campurkan dengan sedikit madu dan bulat-bulatkan sebesar biji kacang. Makanlah tiga kali sehari. Bau badan akan hilang.


7.Rendam bunga tanjung, melati, melur, kenanga dan bunga mawar dalam sebaldi air. Campurkan dengan limau purut yang dibelah empat. Biarkan semalaman. Amalkan mandi selama empat puluh hari sebelum hari pernikahan.


HILANGKAN DAKI DI LEHER


Ambil tiga sudu besar tepung gandum, tiga sudu besar oat yang dikisar halus dan setengah cawan tairu. Gunakan tairu masam kerana ia merupakan agen pencerahan kuli semulajadi. Campurkan bahan-bahan ini menjadi bancuhan yang pekat. Sapukan pada leher seperti masker dan biarkan selama 15 minit. Kemudian gosok leher menggunakan kain yang agak kasar dan bilas dengan air suam sehingga bersih. Lakukan dua minggu sekali secara konsisten.

0 Response to " Koleksi Petua Untuk Lelaki "

Post a Comment