Wanita Puas Seks Lebih Jelita

KLIK BANNER INI UNTUK INFO LANJUT...

Wanita Puas Seks Lebih JelitaWanita Puas Seks Lebih Jelita


DIKATAKAN hubungan seks mampu mengubati apa jua penyakit yang singgah ke tubuh. Malah, kenyataan ini mulai dipersetujui oleh penyelidik-penyelidik perubatan. Kata mereka, aktiviti seks yang teratur berupaya memperbaiki peredaran darah, menghalang penyakit dan berkemungkinan besar meningkatkan tahap imunisasi badan.


Begitu juga dari sudut emosi. Dipercayai, wanita-wanita yang cukup puas mendapat keperluan jasmani kurang berhadapan masalah tekanan perasaan malah memiliki daya keyakinan diri yang tinggi selain penampilan keseluruhan yang lebih positif. Sebenarnya, apa yang dinyatakan itu hanya sebahagian daripada keseronokan mengadakan hubungan asmara. Ada beberapa keistimewaan melakukan seks selepas berkahwin.


Wajah Berseri


Tidak dinafikan,kebanyakkan wanita berkongsi pendapat yang sama iaitu hubungan seks yang teratur mampu membuatkan kulit menjadi lebih mulus dan bersinar malah jelita.Dikatakan kebangkitan fizikal tidak hanya meningkatkan peredaran darah sebaliknya berupaya menaikkan paras estrogen yang berfungsi untuk mengekalkan kulit wajah yang berminyak dan lembut.Dalam masa yang sama,ia juga membuatkan rambut kelihatan lebih sihat dan lebat.


Bentuk tubuh yang menarik


Letih bersenam digimnasium atau penat berdiet semata-mata untuk mendapatkan tubuh badan yang cantik?Sebenarnya terdapat cara yang lebih mudah untuk merealisasikan impian anda itu.Cukup hanya di rumah dan banyakkan belajar dari suami ketika mengadakan hubungan kelamin.Sebenarnya,ketika anda melakukan seks,anda sebenarnya sedang bersenam tetapi gaya senaman yang dilakukan lebih menyeronokkan kerana saling berkerjasama.


Seseorang yang mempunyai kehidupan seksual yang lengkap dan teratur secara automatiknya memiliki daya keyakinan diri yang tinggi lantaran merasakan senaman tersebut serasi dengan tubuh.


Hilangkan lenguh-lenguh badan


Letih bermain badminton belum hilang ditambah pula rasa sengal-sengal badan.Mungkin kerana lama tidak bersukan jadi ada sahaja urat-urat yang bersimpul dileraikan.Lazimnya khidmat tukang urut diperlukan tetapi dalam hal ini,pasangan adalah ‘doktor’ yang paling hebat.


Cari waktu yang menarik untuk berdua-duaan dengan pasangan dan nikmati keseronokkan tanpa gangguan daripada anak-anak.Pasti kesakitan yang ditanggung itu mampu dipulihkan setelah hubungan seks dilakukan.Kenapa?Ini kerana setiap kali hubungan kelamin berlangsung,sejenis hormon yang dinamakan endorphin telah dikeluarkan oleh tubuh.


Malah penulis buku”The Healing Power of Sex” menjelaskan bahawa sekali orgasma mampu menjauhkan seseorang dari sakit selama enam jam.


Kitaran haid yang teratur


Menurut Winnifred Cutler,pengarang buku “Love Cycles”, wanita yang mengadakan hubungan seks setiap minggu mudah menjangkakan kedatangan haid berbanding wanita-wanita bujang atau kurang melakukan hubungan kelamin dengan pasangan.


Ini kerana,wanita yang mempunyai pusingan haid yang lebih teratur lebih mudah menjangkakan bila waktu suburnya.Jadi dengan mudah keduanya merancang untuk memiliki cahaya mata setelah megetahui waktu penting tersebut.

0 Response to " Wanita Puas Seks Lebih Jelita "

Post a Comment