Isteri Urut Zakar Dengan Tangan

KLIK BANNER INI UNTUK INFO LANJUT...

Isteri Urut Zakar Dengan Tangan


TIDAK semua lelaki mampu klimaks secara normal. Ada yang terpaksa menggunakan tangan untuk mengurut zakar selama beberapa minit dan memasukkannya semula ke dalam alat sulit wanita, mendayung beberapa ketika sebelum akhirnya mencapai ejakulasi.

Proses ereksi dan ejakulasi atau klimaks tidak sama. Ereksi boleh berlaku kepada mana-mana lelaki yang mempunyai sistem urat saraf serta perjalanan darah sihat yang membolehkannya mengalami rangsangan seksual ketika dalam perasaan ghairah.


Apabila perasaan ghairah itu reda, rangsangan seksual juga tiada lagi. Ereksi yang berlaku pula hilang tenaganya sebelum layu tanpa ejakulasi. Ejakulasi berlaku apabila tiba kemuncak lelaki menghayati rangsangan sentuhan terhadap zakar.

Dalam keadaan biasa apabila lelaki bercumbu bersama pasangan dengan hajat untuk melakukan seks penetratif, dia akan menusuk ereksinya ke dalam faraj seketika ereksinya padat. Ia dilakukan dalam keadaan pasangan bersedia untuk menerima kemasukan ereksi dan seterusnya lelaki mempercepatkan tusukan bagi menikmati rangsangan sehingga kemuncaknya mencapai ejakulasi.

Bagi yang menggunakan tangan, ia dilakukan bagi membina rangsangan seksual sebelum memindahkan atau melakukan tusukan. Lelaki itu mungkin perlukan sentuhan kasar terhadap zakarnya menggunakan tangan sebelum mampu sampai kemuncak dan ketika itu baru dia menyambung pergerakan tusukan lembut ke dalam faraj anda.

Ia mungkin dilakukan secara sengaja kerana dengan cara memasukkan ereksinya terus ke dalam faraj, ia tidak dapat membantu meningkatkan rangsangan yang diperlukannya.Ia berlaku mungkin kerana kesan amalan onani yang pernah dipraktikkannya sebelum ini.

Jika lelaki berkenaan terikat dengan cara itu, memang sukar untuknya melakukan hubungan seks penetratif seperti lelaki normal lain yang lebih teruja dengan sentuhan kelembutan faraj.

Mungkin wanita boleh cuba membantu dengan melakukan rangsangan zakar menggunakan tangan mengikut selera lelaki itu. Apabila lelaki terasa seperti hendak sampai kemuncak, wanita boleh alihkan ereksinya ke dalam faraj sambil mengemutkan alat sulit itu dengan padat.

Mungkin dengan perasaan seronok yang dialami daripada kemutan faraj, lelaki itu boleh memberi masa lama ketika di dalam faraj atau terus ke faraj tanpa perlu mendapatkan rangsangan daripada tangan.

Jika semua itu sudah dicuba tetapi tetap tidak berkesan, saya berpendapat wanita tidak perlu melakukan apa-apa dan terima keadaan itu, asalkan pasangannya mampu memancutkan air mani ke dalam faraj.

Itu sudah mencukupi kerana tanpa ejakulasi dalam faraj, sukar untuk wanita hamil.

Gagal Bertahan Lama Ketika Bersama:

KETEGANGAN zakar berlaku akibat pengaliran darah ke ruang otot zakar. Kadang kala kemasukan darah tidak mencukupi menjadikan otot zakar tidak mencapai ketegangan yang dikehendaki.

Keadaan ini dikenali sebagai keciciran darah daripada otot zakar atau ‘venous leakage’. Inilah yang mungkin berlaku kepada anda.

Cara mengepit paha untuk mengekalkan ketegangan seberapa lama yang boleh supaya anda dapat mencapai kepuasan ialah cara yang dapat mengawal darah dalam otot zakar.

Jika anda bergerak sedikit atau mengubah posisi, pengaliran darah akan berkurangan dan zakar akan kendur tanpa sempat menghabiskan persetubuhan.

Cara untuk mengatasi masalah ‘venous leakage’ ialah menggunakan alat penambat zakar seperti cincin zakar atau ‘penile ring’. Ia boleh disarung ke pangkal zakar sewaktu menegang supaya ketegangan dapat dikekalkan.

Ubat untuk melancarkan pengaliran darah dalam zakar seperti VeGROW, berkesan untuk mencapai ketegangan, tetapi ia tidak mengekalkan darah dalam otot zakar dan kemungkinan darah tercicir keluar dari otot.

Jika gagal mengekalkan ketegangan selepas memakainya, anda boleh gunakan dua atau tiga cincin berkenaan.

Zakar tidak mampu menegang 90 darjah:

Saiz dan bentuk zakar anda dalam kategori besar dan panjang, oleh itu posisi atau kedudukannya berbeza jika dibandingkan dengan anggota sulit yang berukuran kurang 14sm ketika erek.

Ini kerana, akibat keberatan anggota itu, otot kemut hanya dapat mengampu bahagian pangkalnya supaya ereksi anda dapat bangun ke tahap 75 darjah.

Paling penting ialah kekerasan zakar, kerana untuk melakukan seks penetratif ia perlu keras, padat dan mampu disalurkan ke dalam faraj wanita.Anda mungkin perlu menggunakan pelicin jenis jeli bagi memudahkan ereksi masuk dengan mudah, selain adanya kerjasama daripada pasangan.

Anda juga perlu tahu sekiranya pasangan ‘seriau’ kerana mendapati zakar bersaiz besar serta panjang dan sudah tentu dia rasa cemas menyebabkannya mengemut, seterusnya menyukarkan usaha menyalurkan anggota sulit ke dalam faraj.

Jika pasangan sedar anggota sulit wanita boleh meluas dan mengembang (sedangkan kepala bayi dan badannya sekali boleh keluar melalui faraj), dia akan dapat melakukannya dengan senang dan dalam kawalannya.

Dia perlu melegakan kemutan untuk mengizinkan ereksi anda masuk. Ada segelintir lelaki yang mana sebahagian besar kulit zakar bahagian bawah bercantum dengan kerandut dan ketika ereksi berlaku, zakar akan mengendur kerana tarikan kerandut itu.

Keadaan itu dikenali sebagai ‘Web Scrotum’ dan cara menyelesaikan masalah ialah dengan memotong ‘web’ atau kulit nipis yang mencantumkan bahagian bawah zakar ke kerandut.

0 Response to " Isteri Urut Zakar Dengan Tangan "

Post a Comment