Sikap Buruk Suami Di Ranjang

KLIK BANNER INI UNTUK INFO LANJUT...

Sikap Buruk Suami Di RanjangSikap Buruk Suami Di Ranjang


Dalam kehidupan seks setiap lelaki (Suami) pasti mempunyai tabiat buruk yang sukar untuk dikikis.Ia mungkin dilakukan tanpa disedari atau dimaklumi tapi tidak mampu diatasi biarpun sudah dicuba berkali-kali.Sebagai isteri anda haruslah lebih bijak untuk mengatasi masalah sebegini agar hubungan tidak terjejas kerananya.Jangan sekali-sekali lupa bahawa lelaki amat tinggi egonya.Kerana itu dia akan melakukan sesuatu bagi melindungi perasaan ego dan cemburu.


Antara tabiat buruk suami anda mungkin di bawah :-


Tragedi Seks Cepat


Bayangkan situasi di mana anda terlalu ingin melakukan hubungan kelamin.Pastinya yang didambakan ialah sentuhan,belaian dan pujukan dari pasangan.Di fikiran,terbayangkan satu hubungan yang penuh dengan keseronokan malah berlangsung dalam tempoh yang lama.


Tetapi yang berlaku pula sebaliknya.Seks yang diimpikan hanya sekelip mata,seakan-akan pasangan terlupa akan kehadiran anda di sisinya.Sekiranya ia berlaku maka jangan sekali-sekali anda diamkan.Sebaliknya buat satu perjanjian biarpun ia bukanlah sesuatu yang serius.Katakan kepada pasangan,tiada salahnya untuk melakukan seks dalam masa yang singkat tetapi apabila nada menginginkan ‘sesuatu’ yang lebih maka suami bertanggungjawab untuk tunaikan permintaan tersebut.Barulah masing-masing ‘enjoy’ dengan nikmat tersebut.


Suami Jual Mahal


Pastinya hati merasa sakit apabila dakapan dan ciuman anda disambut pasangan dalam keadaan acuh tak acuh.Malu?Susah tentu kerana nada seperti perigi mencari timba.Dalam situasi ini anda harus bijak tanganinya.Sekalipun pasangan bersikap dingin tetapi anda perlu tingkatkan usaha untuk menarik si dia kembali.Kikis emosi yang merosakkan dan berikan kata pujian serta rengekan manja yang mengharapkan si dia untuk berada di pangkuan anda.Percayalah itulah sebenarnya yang ingin suami inginkan dan semestinya selepas itu,dia akan mengusai keadaan.


Tidak Suka Berbincang


Ketika anda cuba membincangkan satu-satu masalah dengan pasangan , dia seakan cuba mengelak dengan bangun dari tempat duduk atau membuat kerja lain.Paling ketara dia bijak mengambil perhatian dengan menukar topik perbualan atau memanggil anak untuk duduk bersamanya.


Sebagai isteri anda perlu banyak bersabar,jangan cepat melenting dengan kelakuan kebudak-budakkannya.Katakan dengan baik bahawa ingin dibincangkan itu adalah sesutu yang penting dan perlukan fokus sepenuhnya.Lebih baik apabila anda membuat temu janji denganya bagi mendapatkan waktu yang sesuai.Sekalipun dia suami anda tetapi sekali sekala dia gemarkan layanan yang berbeza.Usah cepat putus asa.


Susah Memberi Penghargaan


Anda ketika anda ingin melakukan perkara-perkara romantik seperti menghantar bunga ke pejabatnya atau membeli hadiah sebagai tanda eksperisi cinta.Namun respons yang diterima pula sebaliknya apabila pasangan mengatakan anda terlalu boros dan membeli barang yang tidak digemarinya.


Sedih bukan apabila niat disalah erti tetapi nanti dulu.Jangan terburu-buru menghamburkan rasa marah anda kepadanya.Cuba cari masa yang sesuai dan renungkan dalam-dalam adakah pasangan anda tergolong sebagai individu yang jiwang dan sentimental.Jika tidak baik anda tukar strategi seperti menghidangkan menu kegemarannya yang sudah tentu disukainya.

0 Response to " Sikap Buruk Suami Di Ranjang "

Post a Comment