Petua Segarkan Dan Serikan Muka

KLIK BANNER INI UNTUK INFO LANJUT...

Petua Segarkan Dan Serikan Muka


Ramai orang ingin mengetahui petua segarkan dan serikan wajah. Menyegarkan dan menaikkan seri wajah seseorang itu menjadikan seseorang lebih yakin untuk berhadapan dengan orang. Dalam hadis nabi, ada yang menyatakan sesiapa yang belajar ilmu hadis dan menyampaikan hadis itu kepada orang lain maka Allah akan jadikan wajahnya berseri. Untuk maklumat yang lebih lengkap, rujuklah dengan guru-guru hadis untuk mendapatkan lafaz hadis yang tepat mengenai seri wajah ini. Banyak petua-petua dan cara menaikkan seri wajah ini yang boleh kita amalkan. Panduan petua segarkan dan serikan wajah ini sering ditulis dalam majalah-majalah dan berita.


Berikut adalah petua segarkan wajah dan serikan wajah untuk lelaki mahupun wanita.


  1. Masukkan sedikit madu, minyak zaitun, sebiji putih telur, perahkan sebiji limau nipis, bunga melur dan buah badam ke dalam pengisar. Kisar hingga sebati. Sapukan pada muka seperti memakai mask dan biarkan selama 10 minit. Bilas dengan air bersih. Amalkan selalu. 

  2. Campurkan 4 sudu jus perahan limau nipis dengan 1sudu kecil madu. Sapukan pada seluruh wajah seperti memakai masker. Biarkan selama sejam. Bersihkan dengan air suam. Amalkan 2kali seminggu. 

  3. Kisar sebiji epal hijau dan ambil jusnya. Sapukan jus epal ke seluruh muka dan biarkan hingga kering, anggaran selama 10 minit. Bilas dengan air suam. Amalkan selalu. 

  4. Jerang air hingga mendidih. Sementara itu cuci muka hingga bersih. Tuangkan air mendidih ke dalam bekas dan tundukkan muka ke dalam bekas itu supaya wap panas kena pada muka. Tutup kepala dengan tuala supaya wap tidak terkeluar. Amalkan setiap pagi dan malam.


  5. Ambil air basuhan beras untuk bilasan yang kedua atau yang ketiga. Sapu pada keseluruhan muka air basuhan tersebut dan biarkan selama lebih kurang 10 minit. Kemudian bilas dengan air bersih.


  6. Basuh muka dengan air rebusan daun sirih pada setiap pagi. Seelok-eloknya 3kali disertai dengan selawat. InsyaAllah muka akan segar dan kurang jerawat. Jika yang ada resdung tu, sedut air rebusan daun sirih itu semasa mencuci muka dan sambil-sambil basuh muka juga, janganlah ditutup matanya. Biarkan mata terbuka. InsyaAllah terang mata, muka bercahaya, bernafas pun segar. 

Selain itu bagi sesiapa yang mengkehendaki supaya muka atau wajahnya berseri perlulah ia membaca surah Yusuf Ayat 4 (sebaik baiknya selepas solat)

Petua Segarkan Dan Serikan Muka

Maksud Surah Yusuf Ayat 4;
(ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: “Wahai ayahku! Sesungguhnya Aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; Aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku“

Khasiat ayat ini:
1. Sentiasa disayangi oleh sesiapa sahaja
2. Wajah menjadi berseri-seri
3. Manis dipandang orang

Setelah membaca surah teruskan dengan membaca keratan ayat dalam surah Thaha ayat 39.






Maksudnya: dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya Engkau dibela dan dipelihara Dengan pengawasanKu.

Caranya:
1. Dibaca 3 kali kemudian sapu ke muka wajah.
2. Amalan ini juga sesuai bagi mereka yang berat jodoh.

Peringatan
Jangan membaca tanpa memisahkan ayat tersebut. Surah Yusuf ayat 4 dibaca sehingga selesai, kemudian berhenti sebentar dan teruskan membaca keratan surah Thaahaa ayat 39. Jangan disambungkan terus dengan bacaan surah Yusuf tadi.

Demikianlah petua segarkan dan serikan wajah berserta doa penyeri pemanis dan pengasih wajah surah nabi yusuf ini. Gunakan dengan niat yang baik terutama untuk isteri yang ingin suaminya menyayanginya lebih lagi.

0 Response to " Petua Segarkan Dan Serikan Muka "

Post a Comment