Elok Ke Seks Selepas Makan?

KLIK BANNER INI UNTUK INFO LANJUT...
Elok Ke Seks Selepas Makan?

Elok Ke Seks Selepas Makan?


Dalam hubungan rumahtangga suami-isteri banyak delima atau beberapa persoalan kemusykilan yang akan timbul. Perkara ini lebih-lebih lagi akan terjadi dikalangan pasangan yang baru berkahwin.


Macam-macam yang ditanya.

Diantara persoalan yang saya sendiri pernah jumpa ialah mengenai “Adakah wajar bagi pasangan suami-isteri itu mengadakan hubungan seks selepas makan?”

Ada orang kata ia sebagai ‘desert’ atau ‘pencuci mulut’ … hehe

Di sini, biar saya kongsikan bersama anda bagaimana kita ingin menjawab persoalan tersebut …

Jika mengikut dari sudut kesihatan, sebenarnya lebih baik untuk cuba elakkan mengadakan hubungan seksual sebaik sahaja selepas makan. Terutama sekali jika anda makan dalam kuantiti yang banyak ketika makan malam atau tengahari.

Sebabnya kerana, jika anda makan secara berlebihan, sebahagian besar aliran darah anda akan berkumpul di bahagian perut. Ini bagi menyokong proses pencernaan makanan.

Perut anda terpaksa bekerja lebih ‘keras’ dengan menyerap lebih banyak darah dari bahagian organ tubuh badan yang lain. Kesan seterusnya adalah (bagi pihak suami terutamanya), berisiko untuk mereka tidak mampu mencapai tahap ketegangan zakar secara maksimum akibat aliran darah banyak tertumpu pada perut mereka.

Sudah tentulah ini akan mengganggu tahap kepuasan suami dan isteri ketika beraksi nanti di atas ranjang. Apa yang kita mahu adalah, aliran darah banyak ditumpukan kepada zakar.

Jika kita lihat analogi contoh dalam kehidupan seharian kita, kita ambil contoh enjin kereta.Katakan anda memandu kereta anda dari Kangar, Perlis ke Johor Bahru dalam masa sehari. Setelah anda tiba di Johor Bahru, adakah anda masih sanggup meneruskan pemanduan anda tanpa henti menuju ke Kuala Terengganu pula?

Pastinya enjin kereta anda perlu berehat kan?

Sama la juga dalam hal sistem tubuh badan anda.

Setelah ianya ‘bekerja’ secara keras, maka selepas itu, ia haruslah berehat untuk seketika. Biarlah selepas dalam lebih kurang 3 jam selepas anda selesai makan, barulah aktiviti seks boleh dilakukan bersama pasangan anda.

Itulah tindakan yang lebih bijak. Tetapkan masa sekurang-kurangnya 3 jam bagi sistem pencernaan makanan anda ‘bekerja’. Lepas tu, boleh la bermesra-mesraan dengan suami atau isteri anda :-)


0 Response to " Elok Ke Seks Selepas Makan? "

Post a Comment