6 Jenis Makanan Untuk Membina Semangat

KLIK BANNER INI UNTUK INFO LANJUT...

6 Jenis Makanan Untuk Membina Semangat6 Jenis Makanan Untuk Membina Semangat


Ada harinya akan muncul perasaan kurang bersemangat untuk melalui hari sama ada di tempat kerja atau menguruskan rumah tangga. Boleh jadi kerana stres, masalah ataupun faktor kesihatan.


Keadaan ini menyebabkan diri berasa malas dan bosan. Jika anda terasa begini ada baiknya anda memasukkan sumber makanan di bawah ini yang disebut sebagai makanan penambah semangat untuk mengaktifkan hari anda.


Kentang manis
Kentang manis merupakan kudapan alternatif yang sihat kerana ia kaya dengan folat sehingga dapat menstabilkan gula darah.


Kacang
Kudapan ini merupakan salah satu sumber terbaik mineral selenium yang akan memperbaiki emosi dan meredakan kecemasan.


Ikan
Ikan seperti sardin dan makarel kaya dengan asid lemak omega 3 yang membantu otak untuk meningkatkan suasana hati dan meningkatkan konsentrasi.


Telur
Telur adalah sumber zink yang membantu anda untuk merasa lebih terjaga dan bertenaga dengan mengatur metabolisme dan gula darah.


Yogurt
Yogurt kaya dengan kalsium dan protein sehingga bagus untuk mengurangi perubahan suasana hati, depresi dan kecemasan.


Bayam
Bayam kaya dengan zat besi sehingga akan memberikan kita tenaga yang mengatasi kelelahan dan meningkatkan konsentrasi. Bayam juga merupakan sumber vitamin B6 dan folat, yang penting untuk menyokong kemampuan otak dalam menghasilkan neurotransmitter sehingga dapat memperbaiki emosi.


 

0 Response to " 6 Jenis Makanan Untuk Membina Semangat "

Post a Comment