Urut Tradisional Untuk Lelaki

KLIK BANNER INI UNTUK INFO LANJUT...
Urut Tradisional Untuk Lelaki

Urut Tradisional Untuk Lelaki


Kaedah Urut Tradisional Secara Umum. Urut adalah cara utama yang digunakan untuk memulihkan urat saraf dalam rawatan Melayu tradisional.


Urut Badan Secara Umum atau urut tradisional dikenali dengan berbagai-bagai istilah seperti picit,gosok,gonyoh,ejak dan sebagainya. Urut tradisional dilakukan ke atas seseorang yang sakit gangguan saraf samada yang melibatkan urut tradisional seluruh badan,kaki,tangan dan sebagainya terutama urut tradisional urat saraf dan otot untuk mengurangkan kesakitan dan ketegangan yang dilakukan secara berulang-ulang.Urut tradisional melibatkan sentuh 2 anggota badan,iaitu antara perawat (tukang urut tradisional) dengan pesakit. Pada kebiasaannya,tukang-tukang urut tradisional menggunakan anggota tertentu untuk menjalankan urutan seperti tangan dan kaki.Walaupun demikian hanya bahagian-bahagian tertentu daripada anggota tangan dan kaki digunakan.Semuanya ini bergantung kepada bahagian-bahagian yang diurut.Kebanyakan tukang urut tradisional menggunakan anggota tangan untuk mengurut seperti ibu jari,tapak tangan,hujung jari,lengan dan siku.

Ada tukang urut tradisional yang menggunakan bahagian-bahagian tertentu daripada anggota kaki untuk memberi rawatan urut tradisional.Pada kebiasaannya,bahagian kaki yang digunakan ialah ibu jari kaki,tumit dan lutut.Umumnya rawatan pemulihan urat saraf menurut kaedah urut tradisional seluruh badan dilakukan ke atas orang yang mengalami sakit lenguh-lenguh badan kerana penat bekerja,sakit pinggang dan lumpuh seluruh badan.Manakala urut tradisional yang dilakukan terhadap anggota tertentu dilakukan ke atas mereka yang mengalami sakit gangguan saraf seperti sakit lemah tenaga batin,kebas,bengkak urat peranakan,lumpuh separuh badan,lumpuh mata atau mulut,sakit perut,sakit kepala dan sakit tengkuk.

urutsatubadan

Urut Tradisional | Urut Tradisional Seluruh Badan.


Urut Tradisional Untuk Lelaki. Umumnya urut tradisional seluruh badan adalah kaedah yang biasanya dilakukan ke atas seseorang yang mengalami kesakitan dan lenguh-lenguh badan akibat kemalangan atau akibat melakukan kerja-kerja berat.Kaedah urut tradisional seluruh badan ini juga dilakukan ke atas seseorang yang mengidap sakit lumpuh seluruh badan,selepas bersalin juga akibat gangguan makhluk-makhluk halus.Penyakit ini mungkin berpunca daripada kerosakan urat saraf,yang menyebabkan saraf tidak dapat berfungsi seperti biasa.Akibatnya,seseorang itu mungkin tidak dapat melakukan kerja-kerja biasa atau tidak dapat bergerak langsung.Kerosakan saraf boleh terjadi akibat urat saraf telah putus,atau urat (salur darah) disaluti oleh lendir dan lemak yang menyebabkan aliran darah tersekat dan tidak dapat berjalan dengan baik.

Tidak semua penyakit urat saraf memerlukan urut tradisional menyeluruh.Sesetengah penyakit urat saraf hanya memerlukan urut tradisional pada bahagian-bahagian tertentu badan.Ini bergantunglah kepada jenis penyakit yang dialami.Bahagian yang diberi rawatan urut tradisional bertujuan untuk memulihkan kerosakan urat saraf dan seterusnya membolehkan perjalanan darah berfungsi seperti biasa.

Keperluan Dalam Rawatan Urut Tradisional.


Urut Tradisional Untuk Lelaki. Bagi rawatan urut tradisional Melayu,ia memerlukan persediaan minyak herba yang diadun khas untuk tujuan rawatan urut tradisional.Minyak urut tradisional ini selalunya tidak panas tetapi boleh jadi sedikit bahang.Tukang urut tradisional tidak digalakkan menggunakan minyak urut tradisional yang terlampau panas kerana boleh membuatkan pesakit tidak tahan dan juga boleh membuatkan pesakit akan merasa gatal (mengetip-mengetip) dan juga boleh melecetkan kulit.Minyak urut tradisional eloklah diadun dengan lembut tetapi tidak terlalu pekat dan kesat.Minyak urut tradisional yang pekat boleh menyukarkan untuk tujuan pelinciran di atas badan pesakit.Berlainan sekiranya rawatan urut tradisional tempat-tempat khas seperti terkehel dan terseliuh atau rawatan urut tradisional satu-satu tempat lain seperti pengkhususan urut tradisional di perut sahaja.Tetapi sekiranya hendak memberi rawatan urut tradisional seluruh badan lebih baik gunakan minyak urut tradisional yang tidak terlalu pekat.

Selain daripada minyak herba, tukang urut tradisional boleh menggunakan minyak bayi, minyak aroma, minyak zaitun, losen bayi ataupun bedak debu. Biasanya terpulang kepada cara penggunaan.

Urut Tradisional Untuk Lelaki

Perkhidmatan Rawatan Urut Tradisional


Urut Tradisional Untuk Lelaki di sekitar kuala lumpur / petaling jaya.
Urut tradisional untuk kesihatan hanya untuk lelaki sahaja. Kebiasaannya sakit2 seperti, Susah tidur kerana urat sakit, banyak angin, badan sengal, sakit pinggang, bahu tengkuk dan melarat ke bahagian punggung dan kaki. Sakit seperti lenguh dibahagian antara bahu dan lengan ( urat sayap ). Sakit leher akibat salah tidur. Mengadap komputer lama, atau duduk terlalu lama, memandu jauh , terjatuh dan sebagainya. Selepas urut Badan akan menjadi lebih ringan, sihat dan segar.

Saya zahari, menyediakan perkhidmatan urut badan (kelegaan) untuk lelaki sahaja secara sambilan di rumah di sekitar kawasan kuala lumpur dan petaling jaya.

Waktu Rawatan :
8pm - 12am (Isnin - Jumaat)
2pm - 9pm (Sabtu - Ahad Sahaja)


Upah Urut :
RM 50 untuk satu badan.
RM 30 untuk separuh badan.

Hubungi Zahari ~ 017 3285115 selepas jam 5.30pm (Isnin - Jumaat) untuk temujanji. Panggilan keluar atau out call tak buat.  Hanya temujanji sahaja untuk memudahkan mengatur masa. Temujanji sekitar sejam atau lebih sahaja sebelum datang. Temujanji terlalu awal seperti sehari atau dua hari sebelumnya tidak digalakkan. Ini kerana selalu berlaku perubahan disaat2 akhir kerana hal2 yang tak dapat dielakkan seperti kecemasan dan sebagainya.

Sila bawa sendiri kain atau tuala sendiri untuk dipakai dan lapik untuk keselesaan anda. Ini bukan rumah urut, bukan pusat urut, bukan kedai, bukan pusat rawatan islam dan sebagainya, hanya rumah biasa. Urutan akan dilakukan sendiri oleh saya. Urut Tradisional Untuk Lelaki. Terima Kasih.


0 Response to " Urut Tradisional Untuk Lelaki "

Post a Comment