Cara Merawat Penyakit Darah Tinggi
Lelaki dan wanita yang mengidap penyakit tekanan darah tinggi sering mencari panduan, rahsia, bagaimana kaedah, teknik, tips, petua dan cara merawat penyakit darah tinggi ini. Terdapat banyak petua dan tips yang boleh diamalkan untuk merawat penyakit darah tinggi. Kita boleh memilih mana-mana dari banyak-banyak petua dan cara merawat penyakit darah tinggi ini untuk mengubati masalah tekanan darah tinggi yang dialami. Dengan mengamal cara merawat penyakit darah tinggi yang betul dan sesuai akan membolehkan tekanan darah tinggi seseorang menurun dan terkawal.
Petua Tradisional & Cara Merawat Penyakit Darah Tinggi
Petua 1: Ambil seikat daun kucai. Tumbuk limat dan perah sehingga mengeluarkan air. Minum air tersebut setiap pagi selama sebulan.
Petua 2: Perahkan buah mengkudu masak dan ambil airnya dan tapis. Minumlah di waktu pagi sebelum memakan sesuatu. Amalkan selama seminggu berturut-turut.
Petua 3: Ambil 2 biji epal hijau, buang kulitnya dan hiris nipis-nipis. Rebus dengan 2 cawan air sehingga empuk. Biarkan sehingga sejuk dan tapiskan airnya. Minum 2 kali sehari. Amalkan selalu walaupun tekanan darah tinggi anda menurun.
Petua 4: Ambil beberapa batang serai yang telah diketuk, rebus bersama 4 mangkuk air dan renehkan sehingga air rebusan menjadi semangkuk. Amalkan meminum air rebusan serai 2 kali sehari.
Petua 5: Ambil 3 biji pisang kelat yang masak, diramas dengan kulitnya sekali dam ambil airnya dibuat minum.
Petua 6: Ambil air kelapa muda segelas, dibubuh sedikit kopi dan sebuku garam jantan, kacau dan minum. Amalkan 2 kali seminggu.
Pilihan 7: Daun pegaga boleh dibuat jus sebagai penawar darah tinggi anda.
Pilihan 8: Jadikan pucuk betik sebagai ulam-ulaman ketika anda menikmati makan tengah hari mahupun malam.
Pilihan 9: Jadikan daun sabung nyawa sebagai ulam-ulaman. Jika anda memakannya secara berlebihan, anda akan berasa mual, loya dan bagaikan hendak muntah. Ini disebabkan oleh cecair daunnya yang berfungsi menurunkan kandungan gula dalam darah.
Pilihan 10: Sediakan 1 atau 2 batang lobak putih. Bersihkan terlebih dahulu dan ambil isinya sahaja. Kemudian kisarkan atau tumbuk lobak putih itu bersama dengan gula batu sebesar ibu jari. Kisar atau tumbuk bahan tersebut sehingga halus atau hancur. Setelah itu, tuangkan dan tapis jus lobak putih tersebut ke dalam gelas. Minum jus tersebut 2 kali sehari.
Pilihan 11: Ambil beberapa ulas bawang putih dan bersihkannya. Kisar bawang putih untuk dijadikan jus. Kemudian, ambil 6 titik jus tersebut dan campurkannya ke dalam segelas air kosong. Minum air tersebut 3 kali sehari.
Pilihan 12: Ambil beberapa helai daun akar mempelas yang telah matang dan bersihkan. Kemudian, rebus daun tersebut hingga mendidih. Setelah mendidih, biarkan air rebusan tersebut suam. Akhir sekali, minum air rebusan perlahan-lahan. Sebaik-baiknya amalkan meminumnya setiap hari, sekurang-kurangnya 30 minit selepas makan tengahari dan malam.
tips berkesan untuk merawat penyakit darah tinggi
tips berkesan untuk merawat penyakit darah tinggi
Pilihan 13: Kacang tanah kaya dengan kandungan lemak, vitamin A, B, E dan K, lecithin, choline, asid omino, kalsium dan sebagainya. Minyak kacang tanah merendahkan tekanan darah tinggi dan kolestrol darah. Selaput lendirnya mengandungi ramuan yang lebih berkesan.
Demikianlah 13 panduan, pilihan petua, kaedah bagaimana teknik, tips dan cara untuk merawat penyakit darah tinggi yang dialami. Cara merawat penyakit darah tinggi ada banyak dan pilihlah mana-mana yang sesuai dan mudah untuk anda amalkan.
IKLAN :
PRODUK LELAKI YANG SELAMAT UNTUK MEMBANTU MENYELESAIKAN MASALAH LELAKI YANG MENGHADAPI MASALAH TEKANAN DARAH TINGGI DAN JUGA LEMAH NAFSU SYAHWAT AKIBAT KESAN UBAT TEKANAN DARAH TINGGI.
**Jarakkan dua jam sebelum atau selepas mengambil ubat darah tinggi dengan pengambilan herba merawat masalah lelaki ini.
0 Response to " Cara Merawat Penyakit Darah Tinggi "
Post a Comment