Cara Mengatasi Puting Payudara Tenggelam

KLIK BANNER INI UNTUK INFO LANJUT...

Cara Mengatasi Puting Payudara Tenggelam

Cara Mengatasi Puting Payudara Tenggelam : Masalah puting payudara tenggelam memang menghantui jiwa para isteri. Kadangkala disebabkan puting payudara tenggelam ini menyebabkan rasa hilang keyakinan diri, malu, resah dan sebagainya. Terdapat pelbagai cara dan teknik untuk atasi masalah puting payudara tenggelam ini.

Cara Mengatasi Puting Payudara Tenggelam


Antara masalah penyusuan adalah puting payudara ibu yang tenggelam menyukarkan bayi untuk menghisapnya. Jika tidak dirawat, lama-kelamaan boleh menyebabkan bayi kecewa dan akhirnya tidak mahu menyusu. Ada beberapa cara untuk merangsang puting keluar :

1. “Nipplet” – Pam khas ini perlu diletakkan di atas bahagian puting dan tarik pam perlahan-lahan diikuti urutan untuk melembutkan puting. Kaedah ini perlu dilakukan setiap kali sebelum menyusukan bayi.

2. Urutan – Selain itu, anda boleh memberi rangsangan kepada puting dengan memicit bahagian areola setiap kali ketika mandi. Buat selama 2 minit. Pada masa yang sama letakkan kain lembap atau disejukkan dengan ais untuk meningkatkan rangsangan. Kaedah ini boleh mengatasi masalah puting terbenam secara perlahan-lahan dan anda tidak perlu lagi bergantung kepada nipplet.

3. Pam Payudara – Anda juga boleh menggunakan pam payudara untuk merangsang puting sejurus sebelum menyusukan anak. Ia bukan sahaja dapat mengelak masalah pengumpulan terlalu banyak susu, malah memudahkan bayi menyusu.

4. “Breast Shell” – Ia juga turut dikenali sebagai cawan susu, cawan payudara dan membentuk puting. Alat ini perlu dipakai bersama coli anda seawal trimester ketiga untuk beberapa jam dalam sehari. Sekiranya anda selesa, anda boleh meningkatkan jumlah waktu penggunaannya. Selepas bayi lahir, pakai alat ini 30 minit sebelum menyusukan bayi. Namun, jangan sesekali memakainya di waktu malam.

5. Teknik “Hoffman” – Letakkan ibu jari di atas puting. Tolak perlahan-lahan ke dalam tisu payudara anda dan pada masa yang sama tarik ibu jari anda. Dengan itu, anda melakukan regangan ke atas puting dan melonggarkannya. Puting mudah bergerak ke dalam dan ke luar. Lakukan teknik ini sekurang-kurangnya 5 kali sehari.

6. “Nipple Shield” – Cara ini adalah langkah terakhir yang boleh lakukan jika cara-cara lain tidak menjadi. Caranya ialah anda menjadikan “nipple shield” sebagai pengganti puting anda yang tenggelam. Untuk mengelakkan bayi “gian”untuk menyusu menggunakan nipple shield, anda perlu mengalihkannya sebaik sahaja bayi melekap pada payudara anda.

Berikut antara teknik yang boleh digunakan untuk selesaikan masalah puting payudara tenggelam. Selamat mencuba ya.

Untuk pasangan suami isteri ke arah kehangatan dan kebahagiaan yang luar biasa.

Klik link gambar di bawah ya!
http://kedaiperkasa2u.com/info/?p=4731


0 Response to " Cara Mengatasi Puting Payudara Tenggelam "

Post a Comment