3 Perkara Suami Perlu Tahu Tentang Isteri

KLIK BANNER INI UNTUK INFO LANJUT...

3 Perkara Suami Perlu Tahu Tentang Isteri3 Perkara Suami Perlu Tahu Tentang Isteri


Sudah terang lagi bersuluh antara lelaki dan wanita banyak perbezaaan. Malah dalam rumah tangga sendiri,seringkali berlaku perbalahan akibat kurangnya persefahaman. Masing-masing saling menyalahkan malah bersungguh-sungguh menegakkan benang yang basah.


Berikut adalah beberapa perkara mengenai isteri yang suami patut fahami :


Isteri Mudah Cemburu


Cemburu tidak salah tetapi biarlah bertempat.Sebab itulah kebanyakkan wanita gemar bersikap cemburu buta.Sebenarnya cemburu ini adalah manifestasi secara tidak sengaja yang tercetus dari rasa kasih sayang dan cinta seorang isteri terhadap suaminya.Mungkin mereka masih kurang yakin dan percaya pada pasangan sekaligus membuatkan perasaan ini semakin mengusai fikiran.Lebih-lebih lagi setelah mengetahui majoriti kakitangan di tempat kerjanya adalah wanita.Pasti pening kepala!


Isteri Kurang Rapat Dengan Mertua


Bukan mudah untuk isteri sesuaikan diri dengan suasana yang baru,lebih-lebih lagi dengan mertua.Tetapi jangan terkejut sekiranya sesetengah mertua juga sukar menerima wanita bernama isteri dalam hidup anak lelakinya.Perpindahan kasih sayang inilah sedikit sebanyak membuatkan hubungan antara isteri dan mertua sedikit renggang.Isteri sebenarnya bimbang dikatakan perampas biarpun hakikatnya dia cuba lakukan yang terbaik untuk suami serta keluarganya.Jadi usah hairanlah jika dia masih takut-takut untuk mewujudkan jalinan yang baik dengan mertua.


Isteri Gemar Berleter


Sudah pasti pening kepala jika setiap hari tak lepas dari berleter.Sebenarnya ia adalah satu medium yang digunakan bagi melempiaskan sepenuhnya perasaan terhadap suami.Malah kebanyakkan wanita khususnya isteri mengaku terpaksa meneruskan leteran bagi memecahkan tembok keegoaan suami yang sukar menerima teguran,nasihat serta pandangan.Malah lebih teruk lagi apabila sesetengah daripada mereka tidak mampu berdepan hakikat telah melakukan kesalahan.

0 Response to " 3 Perkara Suami Perlu Tahu Tentang Isteri "

Post a Comment